Ramadan Mubarak 1445AH

Wow, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, dah Ramadan, even, dan berbaki 10 hari puasa je. Tak lama lagi nak raya dah.

Ramadan kali ni, antara Ramadan yang mempunyai 1001 cerita. Yang menangis, yang gembira, yang serabut, yang berusaha. Tapi, Ramadan ni juga ada manisnya juga.

Benda yang I rasa paling happy ada 2 benda. 1- I lose some weight! Wohooo! Walau tak banyak, but still some achievement for me. Susah ye nak turun berat sekarang. I start consistently workout since December 2023. Dah more then 3 months, but stagnant sangat, but Puasa ni dapat bantu I kurangkan almost 3kg, even I tak dapat nk workout sangat.. Due to health issues, and advice by the doctor. Tapak kaki sakit, leher sakit sampai sakit kepala. Apa je tak sakit puasa ni. Huhu. So, dah 2 minggu la tak workout. Siap rasa rage sangat sebab macam tak dapat workout, but I have too, and I need too.

My BMI dah kembali normal! Hooray! Dulu ke obesiti tau. Sedih je. Lain-lain pun started to change to normal. Cuma masih belum nampak lagi angkat “5”. Tapi, you should trust the process. Gituu. Kita celebrate small achievement ok? Paling risau, how to maintain and do progress the weight loss. Moga raya nanti tak spike lah! Raya nanti kita start workout balik ok?

Puasa ni, penat dia super berganda. Asyik nak tidur jee T_T Lain macam penat puasa kali ni. Maybe sebab panas sangat kot.

Raya tak sampai 10 hari lagi, and you know what, tahun ni, almost 90% I purchase online. Baju Orked, Baju Syaah, my baju. Fuhh. Sebab tak larat nak keluar masuk kedai cari baju. Tudung je pergi butik. Handbag pun beli online. Alhamdullilah, settle. Kasut pakai tahun lepas je lah.

Oh, regarding Orked, this year dia berjaya puasa lebih banyak dari tahun lepas. Baru tinggal 4 hari je as for now. Itu pun, sebab Mother yang tak larat bangun sahur, maka… Orked tak sahur, dan tak larat nak puasa. Cuma, struggle nak bagi dia berpuasa tu.. Lepas balik sekolah je, dengan screen. Tak ipad, tv, switch. Nak bagi dia leka untuk tetap berpuasa. Nak berperang suruh dia buat homework ke apa, tak larat betul. I pun takde energy nk berlawan minta dia buat homework. Bagi chance la puasa ni je. Habis puasa, no more lah.

Achievement for Ramadan 1445H so far till 21st Ramadan..

1. Orked tinggal Puasa as for now, hanya 4 hari sahaja
2. Buka puasa luar, kurang dari 5 kali. Lain makan homefood je.
3. Berat kurang almost 4kg.
4. Bawa Orked and Amaan buka di Padang SCM, dan dorang dapat pengalaman solat di tempat terbuka.
5. Dapat one of my gadget wishlist. Thank you bestfriend aka husband <3

Orked & Amaan solat in open area.

719ca0b6-4d7c-4ea7-9ca1-cf98c05ce863

Orked infaq Ramadan dekat sekolah

Bila tulis macam ni, takde la teruk sangat kan my Ramadan journey. Banyak la menangis semua tu, tapi, yang tak menarik usah dikenang. Kita kenang and tulis yang manis-manis sahaja.

Banyak juga pengajaran yang dapat time Ramadan ni. Takpe la, pengajaran mengajar kita kan?